Keadaan kereta yang remuk.

KUANTAN – Seorang warga emas maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 85 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila kereta Proton Waja dan sebuah lagi bertembung.

Ketika kejadian kereta berkenaan dinaiki masing-masing tiga sekeluarga.

Pemandu dan penumpang Proton Waja dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan, manakala Nissan Almera pula dari arah bertentangan.

Katanya, nahas itu menyebabkan pemandu kereta Nissan Almera iaitu Mahmad Azmi Othman, 69, meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon kecemasan di Hospital Muadzam Shah  kira-kira sejam kemudian.

Manakala penumpang lain dilaporkan cedera.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau menyeru saksi kejadian agar tampil membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast