TOKYO – Minyak mentah Brent, penanda aras pasaran global, jatuh hampir enam peratus pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump mengesyorkan pelan damai kepada Iran.
Sekitar 0030 GMT, setong minyak mentah Brent turun 5.92 peratus kepada AS$98.30.
Manakala kontrak minyak penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate, turun 5.01 peratus kepada AS$87.72.
Di pasaran Asia, indeks Nikkei Jepun dan Kospi Korea Selatan meningkat lebih daripada tiga peratus.
Trump mengesyorkan pelan damai kepada Iran ketika beliau menyuarakan optimisme untuk menamatkan perang yang hampir sebulan dengan Tehran yang turut mengumumkanakan membenarkan kapal minyak “tidak bermusuhan” dengannya melalui Selat Hormuz.
Tanda-tanda sementara penyelesaian diplomatik muncul meskipun terdapat keganasan baharu, dengan peluru berpandu Iran menyebabkan kecederaan di Israel yang seterusnya menekan pelbagai pihak dan berikrar untuk merampas kawalan sejalur selatan Lubnan.
Kejatuhan minyak pada hari Rabu berlaku selepas harga melonjak sehari sebelumnya, dengan pedagang menjadi berhati-hati terhadap prospek perjanjian rundingan untuk menamatkan perang. – Agensi
















