Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah berkata, walaupun MRSM menawarkan pendidikan berkualiti, tetapi ramai pelajar bukan bumiputera tidak sedar bahawa kuota sebanyak 10 peratus telah diperuntukkan kepada kaum bukan bumiputera sejak 2002.
Sivarasa Rasiah

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah mengesa ahli perniagaan, Victor Chin membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang Ahli Parlimen parti itu menerima RM9.5 juta sebagai bayaran untuk menyelesaikan kemelut berkaitan `mafia korporat’.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, Victor sepatutnya mengadakan sidang media dan mendedahkan secara terbuka identiti ahli politik itu bagi membolehkan pihak berkenaan menjawab dakwaan tersebut.

Menurutnya, jika Victor tidak membuat laporan polis dan mendedahkan individu serta bukti yang dimilikinya, dokumen 40 muka surat yang dimilikinya itu bernilai lebih rendah daripada kertas dan hanya layak dikitar semula sebagai kertas tandas.

“Hentikan drama bodoh ini! Biarlah polis buat kerja mereka dan biarkan sesiapa yang dinamakan olehnya (Victor) memberi maklum balas,” kata Sivarasa menerusi laman sosial `X’ hari ini.

Dalam hantarannya, Sivarasa turut mendakwa Victor `meniru’ tindakan ahli perniagaan, Albert Tei yang mendedahkan skandal rasuah besar-besaran di Sabah yang membabitkan sekurang-kurangnya 15 ahli politik dan beberapa pemimpin negeri pada November 2024.

Semalam, menerusi dokumen setebal 40 halaman yang memperincikan kronologi berkaitan isu ‘mafia korporat’ membabitkan Syarikat NexG Berhad, Victor mendakwa Ahli Parlimen berkenaan telah memintanya menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta.

Victor bagaimanapun memberitahu, dia hanya menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal manakala baki RM500,000 tidak diserahkan kepada ahli Parlimen tersebut kerana isu berkenaan tidak diselesaikan.

Victor juga mengeluarkan mesej kepada ahli Parlimen tersebut: “Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau identiti anda akan didedahkan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast