Barisan pelakon filem 'Malaikat Malam' sempena tayangan perdana semalam. - Foto Astro Shaw

KUALA LUMPUR – Filem aksi permotoran Malaikat Malam terbitan Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac, hari ini. 

Filem itu mengisahkan perjalanan seorang pelumba jalanan yang berdepan konflik antara kehidupan yang dilalui dan keinginan untuk berubah, selain mengetengahkan elemen hubungan, kesetiaan serta pengorbanan. 

Menampilkan Syafiq Kyle sebagai watak utama, filem tersebut turut dibintangi Tracie Sinidol, Que Haidar, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi. 

Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna.

Insiden ini menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan.

Malaikat Malam merupakan karya arahan sulung Nazifdin Nasrudin yang sebelum ini terlibat sebagai editor dan penulis beberapa filem tempatan, termasuk Sheriff dan Reversi

Filem berkenaan menggabungkan elemen aksi dan emosi dengan pendekatan penceritaan yang lebih menyeluruh, selain menampilkan sisi kemanusiaan dalam dunia permotoran. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast