AMPANG JAYA – Seorang remaja perempuan, Nur Sofea Haton Abdul Hafiz dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan, kehilangan mangsa disedari oleh pengadu kira-kira jam 7 malam selepas mendapati remaja berusia 13 tahun itu tiada di rumah.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah keluar rumah dengan membawa beg pakaian dipercayai susulan berselisih faham dengan keluarga,” katanya.
Remaja ini mempunyai berketinggian 160 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus dan berkulit hitam manis.
Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Insp Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201. -MalaysiaGazette















