Mangsa (baju merah jambu) ditenangkan oleh keluarganya selepas dilaporkan lemas di Pantai Sepat Menara B, Pekan.

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja yang dilaporkan lemas di Pantai Sepat Menara B, dekat Pekan, Pahang diselamatkan penyelamat pantai selepas dilaporkan lemas petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapten (PA) Ahmad Azmi Hanafiah berkata, petugas penyelamat pantai menerima laporan kejadian iu kira-kira jam 2.31 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa, Muhammad Amirul Ashrah Ashaari, 13, diselamatkan oleh petugas dan dibawa ke darat lalu diberi bantuan awal.

Menurutnya, mangsa yang dalam keadaan lemah dan trauma dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan oleh ahli keluarga mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast