Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

SERDANG – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah rumah ketika sedang bekerja di Glomac Lakeside Residence Park, Puchong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.50 pagi daripada Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Beliau berkata, mangsa berusia 47 tahun dibawa zon merah kecemasan hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus selepas insiden tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia di hospital.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Muhamad Farid berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast