Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ketika sidang media di Istana Al-Ittihadiya , Kaherah Mesir pada 10 November 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Mesir memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk mempermudah penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula pada April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu dicapai hasil perbincangan beliau bersama-sama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi baru-baru ini.

Kerjasama itu katanya, dapat melancarkan urusan logistik penghantaran bantuan kemanusiaan segera untuk disalurkan kepada 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan.

Tegas Anwar, Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan berkenaan.

“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast