Datuk Mohd Radzi Md Jidin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi perincian mengenai cadangan Bekerja Dari Rumah (BDR) agar penjawat awam lebih jelas dengan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, golongan masih menunggu arahan terperinci berkaitan perkara berkenaan sejak kerajaan mengumumkan cadangan berkenaan pada 13 Mac lalu,

“Mengapa kerajaan mengambil masa begitu lama untuk melaksanakan inisiatif BDR ini?

“Mohon pihak kerajaan segera memberikan arahan dan perincian mengenai perkara ini agar penjawat awam lebih jelas dengan keputusan yang telah diumumkan,” katanya dalam perkongsian video di TikTok miliknya di sini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan akan memutuskan cadangan pelaksanaan BDR bagi sektor awam dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac susulan konflik yang berlaku di Asia Barat membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang meneliti langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti BDR secara berperingkat dan terpilih dalam kalangan penjawat awam.

Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berkata, pelaksanaan BDR memainkan peranan penting dalam meringankan beban tanggungan rakyat berikutan kenaikan harga minyak global yang didepani negara ketika ini.

“Dalam keadaan krisis sebegini, inisiatif BDR akan dapat mengurangkan penggunaan minyak bagi memastikan bekalan minyak bertahan lebih lama.

“Selain itu, para pekerja dapat mengurangkan kos berkaitan dengan petrol, tol, parkir dan kos lain.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast