Kereta dipandu wanita warga emas terbakar di Bandar Utama. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas patah tangan selepas kenderaan dipandunya musnah terbakar dalam kejadian di Taman Bandar Utama 2, Petaling Jaya, pada Ahad lalu

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.34 petang.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian dengan jarak lima kilometer.

“Sebaik anggota tiba di lokasi mendapati, sebuah kerete Perodua Myvi musnah terbakar sebanyak 95 peratus dan terdapat seorang wanita berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.

“Mangsa berusia 84 tahun yang juga pemilik kenderaan mengalami patah tangan dan masih sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita warga emas patah tangan selepas kereta dipandunya terbakar di Bandar Utama. Foto JBPM Selangor

Tambah beliau, mangsakemudian diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast