GEORGE TOWN – Pengguna jalan raya dari arah pulau menghala ke Perai berdepan kesesakan teruk hampir dua jam susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal, pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan dua lorong terpaksa ditutup, dengan hanya satu lorong dibuka kepada kenderaan, sekali gus menjejaskan aliran trafik di laluan berkenaan.

Kesesakan dilaporkan bermula dari Bayan Lepas dan berlarutan hingga ke susur masuk jambatan, dengan pergerakan kenderaan amat perlahan.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna mengeluh terperangkap dalam kesesakan luar biasa itu sehingga menjejaskan perjalanan harian mereka ke tempat kerja.

Antara perkongsian pengguna, ada yang mendakwa mengambil masa lebih sejam namun masih belum melepasi separuh jambatan, selain menyifatkan situasi sebagai ‘jam teruk’ dan di luar kebiasaan waktu puncak.

Sehingga kini, keadaan trafik dilaporkan beransur pulih selepas kerja-kerja pengalihan kenderaan dan pembersihan lokasi kemalangan selesai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast