Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.

Terdahulu, hari ini, Bank Negara Malaysia mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Rakyat susulan pelanggaran melibatkan keselamatan siber dan perlindungan maklumat pelanggan pada 20 Januari 2026.

Bagaimanapun, Bank Rakyat mengesahkan bahawa perkara itu sudah ditangani dan tindakan pemulihan sewajarnya telah dilaksanakan berikutan notis awam mengenai AMP yang melibatkan insiden keselamatan siber pada 2024.

“Usaha ini merangkumi pengukuhan dalam keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman dan pengawasan tadbir urus, selaras dengan jangkaan tadbir urus dan amalan industri,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Bank Rakyat turut menekankan bahawa ia kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai bagi semua pelanggannya.  – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast