Gambar di lokasi kejadian ihsan IPD Rompin

KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van polis di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin kira-kira 7.20 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, kejadian berlaku ketika van dinaiki enam anggota polis itu membelok kanan ke sebuah stesen minyak di lokasi kejadian.

“Kesemua anggota polis dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas penugasan operasi di Maran, manakala penunggang motosikal dari arah bertentangan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Taman Nusa Puteri, Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, ketika sampai di lokasi, van dipandu anggota polis berusia 26 tahun itu telah berhenti dan memberi laluan kepada beberapa kenderaan sebelum membelok ke kanan ke stesen minyak terbabit.

Namun van itu dirempuh dari bahagaian sisi kiri oleh penunggang motosikal terbabit.

Penunggang motosikal bernama Mohd Faizal Ismail, 38, dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala kesemua anggota polis di dalam van tidak mengalami kecederaan.

Sharif Shai berkata, kes itu disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast