Pelakon, Fattah Amin selepas hadir bagi sebutan kes permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya, Fazura ketika di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2024. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan selebriti Fattah Amin untuk mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isteri, Fazura berhubung isu hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu media, Hakim Syarie Salehan Yatim menolak permohonan Fattah yang juga seorang pelakon pada 31 Mac lalu.

Fazura teruja Fatima mahu cuba berpuasa Ramadan ini. (GAMBAR IG)

Menurut peguam Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin memfailkan permohonan kebenaran secara sebelah pihak (ex parte) terhadap Fazura berkaitan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah mengenai hak lawatan anak perempuan mereka yang kini berusia enam tahun.

“Prosiding komital itu berpotensi menyebabkan Fazura dikenakan tindakan penjara sekiranya didapati melanggar perintah mahkamah tersebut.

“Berdasarkan rekod mahkamah, permohonan itu difailkan oleh Fattah pada awal Februari lalu,” ujarnya.

Pasangan selebriti popular itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober 2024 selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast