Muhammad Khalif Mohd Redzuan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Kampung Pasir, Hulu Kelang, sejak semalam, dengan kali terakhir dilihat di Lot 1051, Jalan Datuk Abu Samah, kira-kira pukul 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kehilangan itu disedari bapanya selepas mendapati anaknya, Muhammad Khalif Mohd Redzuan tiada di rumah pada waktu berkenaan.

Menurut beliau, remaja itu berketinggian 176 sentimeter (cm) dengan berat badan sekitar 55 kilogram (kg).

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di Lot 1051, Jalan Datuk Abu Samah, Kampung Pasir, Hulu Kelang,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta tidak membiarkan mereka bersendirian.

“Sebarang kecemasan boleh terus menghubungi pihak polis atau talian MERS 999 bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast