KUALA LUMPUR – Dua pelajar dikhuatiri lemas dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di sungai Kampung Durian Hijau, Jerantut, Pahang, Jumaat lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa Muhammad Amirul AshrafAbdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, dua remaja itu dikhuartiri lemas di lokasi semasa mandi bersama rakan-rakannya.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan pencarian di permukaan air di lokasi dengan bantuan orang kampung,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Zulfadli berkata, operasi digerakkan sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh. -MalaysiaGazette
















