Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cuaca panas di Kota Setar, Kedah berada pada Tahap Dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah celcius pagi ini.

Mengesahkannya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) selain itu berkata, sebanyak lapan kawaaasan berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celcius.

Menurutnya, kawasan yang terlibat adalah Perlis dan beberapa daerah lain di Kedah termasuk Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang Padang Terap, Sik dan Baling.

Selain itu, status cuaca yang sama direkodkan di Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak; Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, Kelantan; Maran dan Jerantut, Pahang; serta Segamat, Johor.

MeTMalaysia berkata, cuaca panas tersebut diramal berlaku tiga hari berturut-turut.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast