Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tujuh anggota tentera lain dalam kejadian minggu lalu.
Tertuduh, Sukry Tasu, 37, kelihatan tenang ketika membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan sebelum memohon untuk dibicarakan.















