Lelaki yang ditangkap memiliki syabu

KUALA LUMPUR Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di Sabah telah menahan dua lelaki serta merampas dadah disyaki syabu dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah itu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Suspek pertama ditahan pada 4 April lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan Kampung Batu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 38 tahun itu diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 0.09 gram,” katanya.

Dalam operasi berasingan pada 5 April pula, seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di kawasan Kampung Perigi.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek kedua, polis menemui bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.10 gram,” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast