Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memaklumkan lelaki yang ditemukan meninggal dunia, selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci di UPSI Sports Bowl awal pagi tadi bukan kakitangan universiti tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Naib Canselor UPSI, mangsa, Mohd Radzi Ariffin, 53, adalah pekerja sebuah syarikat swasta yang mengendalikan operasi pusat boling di dalam kampus berkenaan.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Ketika ini, proses bedah siasat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Hospital Slim bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya menerusi satu kenyataan.

“Pihak universiti sentiasa memantau perkembangan insiden berkenaan dan akan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga arwah,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bernam.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berkenaan sebelum pintu bilik stor yang berkunci dibuka oleh Polis Bantuan UPSI. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast