Gambar hiasan.

 

TOKYO – Harga minyak turun dengan ketara dengan penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) susut 16.56 peratus kepada AS$96.39 setong dalam dagangan awal hari ini susulan persetujuan gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Manakala harga Brent jatuh sebanyak 15.89 peratus kepada AS$93.38.

Perkembangan itu menyusul selepas Iran bersetuju mengadakan rundingan dengan Washington yang dijadual bermula Jumaat ini di Pakistan bagi mencari jalan menamatkan konflik.

Presiden AS, Donald Trump berkata, beliau bersetuju menggantung serangan selama dua minggu, tertakluk kepada pembukaan semula Selat Hormuz secara selamat.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi turut mengesahkan laluan di Selat Hormuz akan dibuka sementara, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap bekalan minyak global.

Dalam pada itu, pasaran saham Asia melonjak manakala harga minyak merosot dalam dagangan awal hari ini susulan persetujuan gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Di pasaran ekuiti, indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 4.38 peratus kepada 55,771.56 mata, manakala Kospi Korea Selatan melonjak 5.71 peratus kepada 5,808.65.

Penganalisis berkata, sentimen pelabur bertambah baik apabila kebimbangan terhadap peningkatan konflik semakin reda.

“Apabila kebimbangan terhadap ketegangan konflik berkurangan, aktiviti belian dijangka memacu pasaran Jepun,” menurut Tokai Tokyo Securities. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast