The Kuala Lumpur Court Complex Bella Siti Bainun Rumah Bonda abuse neglect Down Syndrome Securities Commission Malaysia SC Investment banker Charles Chua Yi Fuan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor membabitkan lima sekeluarga suspek utama yang sepatutnya memasuki hari ketiga ditangguhkan ke 17 April ini.

Terdahulu, peguam kepada semua suspek, Faizal Rahman membuat permohonan penangguhan bagi meneliti terlebih dahulu dokumen-dokumen yang diterima pihaknya semalam.

“Kami (pihak pembelaan) menerima (dokumen-dokumen) pada malam tadi. Pihak kami percaya kami perlu menunjukkan dulu kepada semua Orang Kena Tuduh (OKT) untuk arahan lanjut mereka (anak guam).

“Saya percaya terdapat masa panjang diperlukan untuk meneliti dokumen-dokumen ini,” katanya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Terkini, mahkamah memanggil tiga saksi pendakwaan kejadian berkenaan.

Saksi yang terkini semalam adalah penuntut universiti yang hadir membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru semasa serangan tembak-menembak berlaku, Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24.

Sebagai rekod, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.

Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.

Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di lokasi sama.

Selain itu, dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.

Sebagai rekod, ketika serangan Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast