Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert.

JASIN – Polis sudah menahan seorang lelaki dikenali ‘Ucuk’ yang dipercayai pelaku tulisan kalimah Allah pada dinding sebuah tokong yang mencetuskan kontroversi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, suspek berusia 38 tahun itu yang juga bekas pelajar tahfiz ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Bagaimanapun suspek yang ditahan jam 2 petang semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses siasatan awal selesai dijalankan

“Setakat ini kita beri jaminan polis dahulu kepada individu itu kerana keadaan kesihatannya yang merupakan pesakit mental. Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan polis sedang mengesan individu itu yang dipercayai terbabit dalam kejadian tertera kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim di sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu–Pantai Siring, Serkam di sini malam Rabu lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Ucuk’, pelajar tahfiz kurang siuman disyaki pelaku kalimah Allah di tokong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast