Dr. Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan inisiatif Menu Kasih Siswa dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) agar tidak membebankan mereka bagi mastikan harga makanan di kafetaria kekal berpatutan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, bagi peringkat IPT awam, KPT akan sentiasa memantau isu kenaikan harga tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian.

“Dan IPT swasta pun begitu juga, kita akan maklumkan kepada mereka supaya mengambil kira kerana perkara-perkara seperti ini perlu diadakan perbincangan dua hala.
“Kita akan pastikan mereka tahulah dari segi apabila pihak kementerian minta supaya mereka melihat kerana ini berdasarkan kepada aduan.

“Jadi kalau mereka tidak boleh bekerjasama dengan kita, mereka pun tahu ada perkara-perkara lain mereka akan bekerjasama dengan kita sebab yang paling besar ialah kita mengambil kira kebajikan semua pihak dan ini termasuk juga dalam kalangan pelajar-pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pencapaian dan Halatuju Program Celik Kewangan Belia MADANI (Celik MADANI) di Menara Merdeka 118 di sini hari ini.

Zambry menambah, KPT turut memberi perhatian terhadap aduan kenaikan harga makanan di kafeteria khususnya di IPT swasta, dan telah meminta pengusaha agar lebih bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast