Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata tentera negara itu akan memusnahkan mana-mana `bot serangan pantas’ Iran yang menghampiri sekatan laut Amerika terhadap pelabuhan Iran yang mula berkuat kuasa pada hari Isnin.

“Amaran: Jika mana-mana kapal ini datang hampir dengan SEKATAN kami, ia akan dihapuskan serta-merta,” kata Trump di rangkaian Truth Social miliknya, sambil menambah bahawa baki tentera laut Iran telah “dimusnahkan sepenuhnya.”

Tentera AS akan “menggunakan sistem pembunuhan yang sama seperti yang kami gunakan terhadap pengedar dadah di laut,” kata presiden itu, merujuk kepada serangan udara ke atas bot yang disyaki membawa narkotik di luar pesisir Venezuela. – AFP

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast