Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri memberi wang tunai kepada pelakon Azar Azmi selepas membuat siaran langsung semalam.

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menyalurkan wang tunai berjumlah lebih RM35,000 kepada pelakon, Azar Azmi yang sedang berdepan kesempitan hidup ketika ini pada siaran secara lansung di media sosialnya malam tadi.

“Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini. Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang packing barang dengan gaji RM1,700.

“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” katanya.

“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.

“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,OOO,” katanya lagi.

Melihat respons yang positif, Aliff melahirkan ucapan terima kasih kepada setiap individu yang membeli produk jualannya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Kali ini kalian membeli sambil beramal. Selepas ini insya-Allah saya akan bantu pelakon Norish Karman yang katanya sedang sakit,” ujarya.

Sementara Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, tergamam dengan jumlah wang tunai diterimanya hasil jualan Aliff dalam TikTok

“Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.

“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk (Alif Syukri) berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.

“Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,” katanya yang tidak mempunyai akaun bank apatah lagi akaun media sosial selepas kes dakwaan penipuan sebelum ini.

Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas  satu kes.

Begitu pun, pelakon berusia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Dalam prosiding pada Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast