Pakaian terakhir dipakai si mati - Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan waris atau kenalan seorang lelaki warga asing yang ditemukan meninggal dunia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di Kampung Kubu Gajah, di Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung mangsa daripada doktor di Zon Merah Hospital Sungai Buloh.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemukan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah rumah di Lot 1830, Jalan Gajah 23, sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, polis kini giat mengesan waris atau mana-mana individu yang mengenali mangsa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi pegawai penyiasat, SM Azmir Azriezal Ramli di talian 019-5665870 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan bersabit kes tersebut.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast