Tiga lelaki nyaris maut selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Merlimau ke Bemban, Melaka awal pagi tadi. Gambar - JBPM Melaka

MELAKA – Tiga lelaki nyaris maut selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Merlimau ke Bemban, di sini awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 1.10 pagi.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau kemudian bergegas ke lokasi sejauh 11 kilometer sebelum tiba 13 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta yang berpunca daripada kemalangan jalan raya mengakibatkan api marak memusnahkan 90 peratus bahagian kereta.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an hanya cedera dan berjaya keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal pada pukul 1.36 pagi dan ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 2.13 pagi.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh
Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi itu melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan EMRS selain bantuan pihak polis dan KKM. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast