Sindiket pengedaran bunga ganja bernilai RM13.68 juta berjaya dilumpuhkan menerusi Op Conops, yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12 April lalu. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata operasi itu melibatkan dua siri serbuan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, hasil risikan yang diperoleh daripada operasi terdahulu.















