KUALA LUMPUR – Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 136.4 daripada 134.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu didorong terutamanya oleh peningkatan kumpulan pengangkutan kepada 1.6 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada Februari 2026.

Inflasi keseluruhan secara bulanan pada mac 2026 meningkat kepada 0.3 peratus Berbanding 0.2 peratus pada februari 2026 didorong oleh kumpulan pengangkutan, 2.1 peratus (februari 2026: 0.2%); maklumat & komunikasi, 0.8 peratus (Februari 2026: -0.2%); insurans & perkhidmatan kewangan, 0.3 peratus (Februari 2026: 0.0%); kesihatan, 0.2 peratus (Februari 2026: 0.0%); rekreasi, sukan & kebudayaan, 0.2 peratus (Februari 2026: 0.0%) dan pendidikan, 0.2 peratus
(Februari 2026: 0.1%).

Sementara itu, inflasi bagi dua kumpulan telah menyederhana pada mac 2026 iaitu perumahan, air, elektrik, gas & bahan API lain, 0.1 peratus (Februari 2026: 0.7%) dan penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmatan, 0.4 peratus (Februari 2026: 1.0%).

Kumpulan makanan & minuman; pakaian & kasut; hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah dan restoran & perkhidmatan penginapan masing-masing merekodkan penurunan kepada -0.1 peratus pada mac 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Inflasi bagi suku tahun pertama 2026 meningkat lebih tinggi pada 1.6 peratus berbanding 1.3 peratus pada suku tahun keempat tahun 2025 disumbangkan oleh kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmatan, 6.9 peratus (st4 2025: 5.8%); pendidikan, 2.8 peratus (st4 2025: 2.6%); minuman alkohol & tembakau, 2.6 peratus (st4 2025: 1.7%); perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain, 1.1 peratus (st4 2025: 0.8%) dan maklumat & komunikasi, 0.8 peratus (st4 2025: -1.0%).

Bagi perbandingan suku tahunan pula, inflasi Malaysia turut meningkat lebih tinggi iaitu pada 0.6 peratus berbanding 0.2 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Selain itu, inflasi Malaysia turut disumbangkan oleh kenaikan penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmatan, 7.0 peratus (Februari 2026: 6.9%); insurans & perkhidmatan kewangan, 4.9 peratus (Februari 2026: 4.7%); minuman alkohol & tembakau, 2.7 peratus (Februari 2026: 2.6%); restoran & perkhidmatan penginapan, 2.6 peratus (Februari 2026: 2.5%); kesihatan, 1.4 peratus (Februari 2026: 1.2%); maklumat & komunikasi, 1.4 peratus (Februari 2026: 0.5%); perumahan, air, elektrik, gas & bahan API lain, 1.2 peratus (Februari 2026: 1.1%) dan rekreasi, sukan & kebudayaan, 1.0 peratus (Februari 2026: 0.8%).

Namun begitu, kumpulan pendidikan, 2.5 peratus (Februari 2026: 2.8%); makanan & minuman, 1.1 peratus (Februari 2026: 1.3%) dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah, 0.1 peratus (Februari 2026: 0.2%) menyederhana berbanding bulan sebelumnya.

Manakala, kumpulan pakaian & kasut mencatatkan penurunan marginal kepada negatif 0.1 peratus pada Mac 2026 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sebanyak 62.5 peratus item (358 daripada 573) merekodkan kenaikan harga.

Namun begitu, daripada jumlah tersebut, 348 item (97.2%) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 10 item merekodkan kenaikan melebihi 10 peratus pada Mac 2026.

Baki sebanyak 171 item (29.8%) menunjukkan penurunan dan 44 item kekal tidak berubah.

Kumpulan makanan & minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP mencatatkan inflasi pada kadar 1.1 peratus pada Mac 2026 (Februari 2026: 1.3% disumbangkan oleh inflasi subkumpulan makanan di luar rumah, 2.3 peratus (Februari 2026: 2.4%) dan makanan di rumah, 0.1 peratus (Februari 2026: 0.3%).

Terdapat dua kelas perbelanjaan makanan di rumah menyederhana pada Mac 2026 berbanding Februari 2026 iaitu ikan & makanan laut lain dan daging.

Sementara itu, kelas perbelanjaan sayur-sayuran, minyak & lemak dan bijirin & produk bijirin mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Kelas perbelanjaan daging menyederhana kepada 0.9 peratus pada mac 2026 berbanding 1.7 peratus pada februari 2026. Ini disumbangkan oleh daging khinzir dan daging itik Yang masing-masing meningkat kepada 3.4 peratus (februari 2026: 4.4%) dan 0.6 peratus (februari 2026: 0.9%).

Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar merangkumi 32.6 peratus dalam kelas perbelanjaan daging menurun kepada negatif 0.3 peratus berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Purata harga ayam standard Malaysia pada Mac 2026 adalah RM10.59 sekilogram berbanding RM10.56 sekilogram pada bulan
Mac 2025 (Februari 2026: RM10.75).

Manakala, purata harga ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia adalah pada RM9.84 sekilogram, kadar yang sama direkodkan pada Mac 2025 (Februari 2026: RM10.08).

Kelas perbelanjaan sayur-sayuran terus merekodkan penurunan kepada negatif 4.9 peratus berbanding Februari 2026 (-6.0%).

Antara sayur-sayuran yang masih mencatatkan penurunan tahun ke tahun pada Mac 2026 adalah Bawang merah besar, negatif 18.6 peratus (Februari 2026: -19.4%); Bawang putih, negatif 16.2 peratus (Februari 2026: -16.8%) dan Tomato, negatif 15.1 peratus (Februari 2026: -3.9%).

Subkumpulan makanan di luar rumah merekodkan kadar inflasi sebanyak 2.3 peratus pada Mac 2026 berbanding 2.4 pada bulan sebelumnya. Antara item yang mereda pada Mac 2026 adalah Masakan daging, 4.3 peratus (Februari 2026: 4.6%); Nasi goreng, 3.5 peratus (Februari 2026: 3.7%) dan Nasi campur, 3.0 peratus (Februari 2026: 3.2%).

Inflasi bagi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain meningkat kepada 1.2 peratus pada Mac 2026 berbanding 1.1 peratus pada Februari 2026 didorong oleh inflasi subkumpulan penyelenggaran, pembaikan & keselamatan rumah kediaman, 3.3 peratus (Februari 2026: 3.2%).

Sementara itu, inflasi bagi subkumpulan bekalan air & pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman dan Sewa sebenar untuk kediaman kekal tidak berubah berbanding bulan sebelumnya dengan masing-masing mencatatkan inflasi pada 6.8 peratus dan 1.5 peratus.

Subkumpulan elektrik, gas & bahan api masih berada pada jajaran negatif iaitu negatif 4.0 peratus (Februari 2026: -4.5%).

Pengemaskinian kadar Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dikenakan ke atas pelanggan domestik di Semenanjung Malaysia bagi penggunaan lebih daripada 600 kilowatt per jam (kWh), telah menerima rebat sebanyak 2.15 sen/kWh bagi tempoh 1 hingga 31 Mac 2026 berbanding AFA yang dikenakan bagi tempoh 1 hingga 28 Februari 2026 (2.77 sen/kWh).

Pengemaskinian ini memberi impak kepada purata nilai tarif elektrik berbanding tempoh sebelumnya.

Namun begitu, pengguna domestik dengan penggunaan 600 kWj dan ke bawah kekal tidak terjejas.

Inflasi kumpulan Pengangkutan meningkat kepada 1.6 peratus berbanding negatif 0.7 peratus pada Februari 2026. Ini didorong oleh inflasi subkumpulan Perkhidmatan pengangkutan awam, 7.0 peratus (Februari 2026: 3.8%) dan pengurusan peralatan pengangkutan persendirian, 1.5 peratus (Februari 2026: -1.2%).

Namun begitu, inflasi bagi kedua-dua subkumpulan Perkhidmatan pengangkutan barangan, negatif 1.9 peratus (Februari 2026: -1.9%) dan Pembelian kenderaan, negatif 0.5 peratus (Februari 2026: -0.4%) masih mencatatkan penurunan pada Mac 2026.

Krisis Tenaga Global yang bermula pada 28 Februari 2026 telah berlarutan sehingga kini dan melonjakkan harga minyak mentah global lebih 40 peratus hingga melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia.

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk melindungi rakyat, manakala harga bahan api lain diselaraskan secara berperingkat selari dengan kenaikan harga global.

Bagaimanapun, dengan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter dan harga diesel pada RM2.15 seliter untuk kumpulan sasar, beban subsidi terus meningkat.

Dengan harga minyak mentah mencecah AS$100 setong, beban subsidi petrol dan diesel dianggarkan mencecah RM4 bilion sebulan.

Sehubungan itu, Kerajaan telah melaraskan had siling kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan mulai April 2026.

Pelarasan ini merupakan langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil.

Purata harga Petrol tanpa plumbum RON97 pada Mac 2026 mencatatkan RM4.03 seliter berbanding RM3.11 seliter pada Februari 2026.

Sementara itu, purata harga Diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM4.12 seliter berbanding RM2.98 seliter pada Februari 2026. Manakala, purata harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Purata harga pasaran petrol tanpa plumbum RON95 meningkat kepada RM3.16 seliter (Februari 2026: RM2.55 seliter) berbanding harga subsidi sebanyak RM1.99 seliter.

Selain itu, subkumpulan perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat 7.0 peratus pada Mac 2026 telah didorong oleh kenaikan pengangkutan penumpang melalui udara iaitu 25.8 peratus berbanding 11.5 peratus pada Februari 2026.

Beberapa syarikat penerbangan telah mengumumkan pelarasan caj bahan api secara berperingkat berikutan peningkatan harga minyak global.

Pelarasan itu dilaksanakan bagi membantu mengurangkan impak kenaikan kos bahan api global di samping memastikan perkhidmatan, kebolehpercayaan operasi dan jaringan penerbangan terus dapat dikekalkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast