Beras basmati LaSella Gold ditawarakan di pasaran oleh Jasmine Food.

 

KUALA LUMPUR – Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. memperluaskan penawaran beras basmati dengan memperkenalkan LaSella Gold – standard emas untuk pengguna yang menghargai kualiti premium.

LaSella Gold diperbuat daripada beras basmati aromatik tradisional yang mentah dan diperam secara semula jadi, dipilih khusus untuk menghasilkan rasa, aroma dan tekstur yang unggul.

Proses pemeraman semula jadi ini membolehkan bijirin beras mencapai kematangan optimum, menghasilkan rasa yang lebih mendalam dan aroma yang tersendiri.

Bijirin beras yang istimewa dan berkualiti menghasilkan nasi yang lebih panjang, menjadikan LaSella Gold amat sesuai untuk hidangan seperti Nasi Beriani, Nasi Minyak dan pelbagai hidangan kari, pilihan ideal untuk makanan harian mahupun hidangan istimewa.

Jasmine Food telah melancarkan rangkaian Basmati LaSella pada tahun 2024, yang merangkumi pilihan parboiled dan steamed untuk memenuhi pelbagai citarasa dan keperluan pengguna.

Selain daripada kehebatan beras ini, LaSella Gold turut mencerminkan gaya hidup moden yang mementingkan keseimbangan antara nikmat keenakan masakan dan kualiti makanan.

Menurut Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food, LaSella Gold melambangkan komitmen syarikat ini untuk menawarkan beras basmati berkualiti terbaik kepada rakyat Malaysia.

Sempena meraikan pelancaran LaSella Gold, Jasmine Food turut melancarkan peraduan ‘Beli Beras, Menang Emas’, yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi emas tulen setiap hari.

Peraduan ini berlangsung dari 1 Mei hingga 2 Julai 2026, yang mana pengguna hanya perlu membeli produk Jasmine atau Beras Era bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Semenanjung Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast