Seorang pemandu traktor mini warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya terbalik dalam kejadian kemalangan di belakang Masjid Kampung Sungai Ranggam, Kampung Gajah pada Sabtu. Foto JBPM Perak

PASIR SALAK – Seorang pemandu traktor mini warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di belakang Masjid Kampung Sungai Ranggam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah traktor mini yang digunakan untuk mengangkut buah sawit telah terbalik ke dalam parit.

“Mangsa, seorang lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun yang memandu traktor tersebut didapati tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,“ katanya dalam satu kenyataan.

Ketua operasi kemudian menjalankan penilaian situasi (size-up) dan mengarahkan anggota membuat pemantauan di kawasan sekitar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak polis dan diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pukul 3.15 petang,“ ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast