Nick Ng.

SEBERANG PERAI – Holiday Inn & Suites Penang Prai terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri hospitaliti apabila meraih tiga pencalonan dalam Anugerah Pelancongan & Hospitaliti Asia 2025–2026 yang dijadual berlangsung bulan depan.

Pencalonan itu merangkumi kategori Hotel Baharu Terkemuka Terbaik Tahun 2025, Destinasi Acara Perniagaan Terkemuka 2025 serta Pengurus Besar Hotel Terkemuka Terbaik 2025 yang turut menamakan Pengurus Besarnya, Nick Ng.

Nick berkata, pengiktirafan itu mencerminkan usaha kolektif pasukan sejak hotel berkenaan mula beroperasi pada awal Mac tahun lalu.

“Setiap peristiwa penting datang daripada usaha yang konsisten di lapangan, kerjasama yang kukuh dengan pemilik dan rakan kongsi kami, serta kepercayaan tetamu kami.

“Saya berbangga dengan budaya yang telah kami bentuk dan amat berterima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, sambil kami terus mencipta detik-detik yang paling penting,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas pencalonan terhadap dirinya, beliau menegaskan, kepimpinan yang berkesan perlu dizahirkan melalui kehadiran di lapangan, interaksi bersama tetamu serta sokongan berterusan kepada pasukan.

“Kepimpinan ditakrifkan bukan sahaja melalui arahan, tetapi juga melalui tindakan yang menetapkan rentak, memimpin melalui teladan dan membina hubungan tulen di dalam dan di luar hotel.

“Pendekatan ini telah memacu pertumbuhan pesat hotel serta mengukuhkan kehadiran pasaran dalam tempoh tahun pertama operasi,” katanya.

Sementara itu, dalam tempoh itu, hotel berkenaan berjaya muncul sebagai antara pilihan utama pelancong perniagaan dan percutian dengan menawarkan 332 bilik serta suite yang menekankan keselesaan dan kemudahan moden.

Terletak berhampiran Zon Perindustrian Prai serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hotel itu turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk restoran sepanjang hari, ruang istirahat lobi, kolam renang, pusat kecergasan dan ruang yoga.

Selain itu, lebih 2,066 meter persegi ruang fungsi termasuk dewan besar tanpa tiang dengan akses pandu masuk menjadikannya lokasi strategik bagi penganjuran acara berskala besar.

Sepanjang tahun lalu, hotel ini menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara melibatkan agensi kerajaan, korporat berprofil tinggi serta penganjuran persidangan dan majlis makan malam berskala besar, sekali gus mengukuhkan reputasinya dalam segmen acara perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast