Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tanpa identiti ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long dekat Kajang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 9.44 malam berhubung kejadian tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Naazron, hasil siasatan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu proses pengecaman.

Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Zharif Ab Rasid di talian 012-5925390 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast