Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April tahun lalu.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch n Go miliknya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast