Foto BBC.

LONDON – Wolverhampton Wanderers secara rasminya tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan musim bersaing dalam liga utama di England itu.

Ia susulan skuad kendalian Rob Edwards itu berada dalam kelompok tercorot dan ketinggalan 16 mata daripada zon selamat selepas keputusan seri 0-0 antara West Ham United dan Crystal Palace awal pagi tadi,

Keputusan itu mengesahkan penyingkiran Wolves meskipun masih berbaki lima perlawanan lagi musim ini.

Skuad The Midlands itu mencipta musim kurang memberansangkan kali ini apabila tidak melakar kemenangan dalam 19 aksi pertama mereka.

Wolves tumbang 0-3 kepada Leeds United minggu lalu untuk mengumpul hanya 17 mata daripada 33 perlawanan liga dan akan bersaing di Liga Kejuaraan musim depan.

Walaupun sempat mencipta kejutan dengan menewaskan Aston Villa dan Liverpool, prestasi tidak konsisten menyebabkan mereka gagal keluar daripada zon penyingkiran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast