Gambar: Sumber

KUANTAN – Seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan direman selama tiga hari kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000.

Menurut sumber, perintah reman selama tiga hari sehingga 23 April terhadap suspek dikeluarkan oleh Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Raub pagi semalam.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Raub.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun lalu,” katanya.

Difahamkan, suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Kuala Lipis bagi pembekalan peralatan pembedahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast