Suasana penuh emosi dan syukur di Majlis Pelepasan Jemaah Haji di Sepang apabila ahli keluarga dan bakal jemaah berkongsi kisah mereka sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Dari kisah simpanan bertahun-tahun sejak 2009 hingga rezeki luar jangka dengan kos lebih rendah, video ini memaparkan keikhlasan, pengorbanan dan kegembiraan menjadi tetamu Allah. Ada yang terharu kerana terpilih, ada yang sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga, namun semuanya dipenuhi harapan untuk mendapat haji yang mabrur.















