Tangkap layar status anak Ako Mustapha didakwa dibuli didakwa berlaku di sebuah sekolah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes buli melibatkan anak lelaki kepada pelakon, Ako Mustapha yang didakwa berlaku di sebuah sekolah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini media melaporkan ,anak kepada pelakon berkenaan dipercayai menjadi mangsa buli melibatkan pelajar senior serta rakan sekelas.

Mangsa didakwa mengalami kecederaan selepas dipukul selain dipijak pada beberapa bahagian badan dalam kejadian tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan oleh mangsa sendiri kepada bapanya sebelum laporan dibuat kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada polis. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast