Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir.

MAKKAH – Tiada negara lain yang menawarkan perkhidmatan Muhsen kepada jemaah haji seperti yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, perkhidmatan Muhsen ini adalah inisiatif baharu oleh TH untuk memudahkan dan memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia terjamin ketika berada di Tanah Suci.

“Alhamdulillah, Tabung Haji telah bersungguh-sungguh bersama dengan penyedia tempatan… yang penting untuk pastikan kebajikan jemaah kita terjamin.

“Mereka (jemaah) boleh fokus kepada ibadah.

“Perkhidmatan ini selari dengan peraturan-peraturan baharu Arab Saudi dan diharapkan dapat membantu, menyenangkan urusan harian jemaah haji sepanjang masa ketika berada di sini,” katanya.

Beliau ditemui selepas majis Pengurus Maktab dan Markaz Dhiyafah: Majlis Ta’aruf Operasi Haji di sini, malam tadi.

Tengku Mohd Dzaraif turut menyambut baik inisiatif ini kerana ia memberi peluang kepada para pelajar Malaysia di Arab Saudi untuk menyantuni jemaah-jemaah haji.

“Ini sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada mereka untuk pendedahan dan pengurusan haji yang dilaksanakan oleh Tabung Haji di Arab Saudi, insya-Allah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast