Than Aung berdepan pertuduhan lindungi dan sembunyi migran yang diseludup masuk ke negara ini di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

BUTTERWORTH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan prosiding pendakwaan terhadap seorang lelaki warga Myanmar yang berdepan pertuduhan menyembunyikan dan melindungi migran diseludup pada 29 Mac lalu.

Penangguhan itu dibuat untuk lantikan jurubahasa Myanmar bagi memastikan pendakwaan ke atas tertuduh, Than Aung, 37, dapat dibacakan dengan jelas kepadanya.

Hakim Roslan Hamid kemudian menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh lantikan jurubahasa bagi membolehkan prosiding pertuduhan diteruskan.

Selain itu mahkamah juga tidak ditawarkan jaminan pada prosiding tersebut.

Tertuduh sepatutnya didakwa atas pertuduhan menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup iaitu empat lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga China dengan mengetahui atau mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa kesemua mereka adalah migran yang diseludup.

Dia berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, selain boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast