Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir (tengah).

MAKKAH – Semua jemaah haji Malaysia diminta supaya menjaga kesihatan masing-masing kerana cuaca dijangka melebihi lebih 40 darjah Celcius semasa hari wukuf di Arafah nanti.

Hari Wukuf atau puncak haji dijangka pada 26 Mei 2026.

Ketika itu suhu diramalkan antara 30 hingga 42 darjah Celcius.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir menasihatkan jemaah haji meminum air yang banyak untuk mengelak dehidrasi.

“Usaha menjaga kesihatan diri akan menjamin setiap jemaah haji boleh melakukan ibadah dengan selesa dan lancar, insya Allah,” katanya di sini.

Pada masa ini cuaca di Madinah antara 24 hingga 33 darjah Celcius manakala di Makkah 26 hingga 36 darjah Celcius. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast