Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli semasa Himpunan Tangkap Azam Baki di Sogo menuju Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 25 APRIL 2026.

KUALA LUMPUR – Himpunan Tangkap Azam Baki bertukar kecoh dan berlaku insiden tolak-menolak selepas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli ditarik keluar sepasukan polis secara tiba-tiba di persimpangan Jalan Tun Perak, di sini, petang tadi.

Insiden itu berlaku seusai Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz menyampaikan ucapan pada himpunan itu sebelum bekas Menteri Ekonomi itu diiring sepasukan polis keluar daripada ratusan peserta yang hadir.

Insiden itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati puluhan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR itu sambil mengancam untuk menimbulkan provokasi sekiranya Rafizi ditahan pihak polis.

Peserta bertindak kecoh selepas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, ditarik oleh anggota polis ketika Himpunan Tangkap Azam Baki di Sogo menuju Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 25 APRIL 2026.

Kekecohan kedua dalam himpunan itu berlaku selepas insiden pertama letupan mercun tercetus ketika kira-kira 300 peserta berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka, Ahli Parlimen Pandan itu tampil sambil memberitahu penyokongnya bahawa beliau hanya dipanggil susulan insiden letupan mercun tersebut.

Kekecohan berlaku apabila insiden letupan mercun terjadi ketika sebahagian peserta berarak dari Sogo menuju Dataran Merdeka sempena Himpunan Tangkap Azam Baki, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 25 APRIL 2026.

Kekecohan hampir 11 minit itu bagaimanapun kembali aman selepas Rafizi dilepaskan pihak polis dan kembali kepada ratusan peserta himpunan itu untuk menyampaikan ucaptama sebelum bersurai kira-kira jam 5.30 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast