KUALA LUMPUR – Kegigihan anak muda yang bekerja sebagai pengutip sampah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Menurut Zulkifli, golongan muda perlu mengutamakan aspek halal dan keberkatan dalam mencari rezeki.
“Lebih baik gaji biasa tapi halal dan berkat, daripada hidup mewah dengan rezeki yang tak diredhai dan bercanggah dengan syarak.
“Saudara Wan mendidik kita bahawa kegigihan dan kesanggupan melakukan apa sahaja pekerjaan halal demi keluarga mampu mengatasi cabaran hidup dan persepsi masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi rakaman video tersebut, Wan Othman menceritakan sisi pekerjaannya dengan mendedahkan aktiviti sebenar yang dilakukan semasa bertugas secara sambilan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kisah pemuda itu pernah tular tiga tahun lepas atas asbab yang sama, tetapi beliau kekal tabah berdepan pelbagai tanggapan berkenaan kerjayanya demi mencari rezeki yang halal.
“Beliau berdepan cabaran sikap masyarakat yang kurang menjaga kebersihan, namun tetap cekal. Baginya, apa saja kerja halal sanggup dilakukan, ‘saya buat dua kerja, janji halal’,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















