Siti Nurhaliza sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ. Foto FB JPJ.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melantik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ selaras usaha memperkukuh advokasi keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.

JPJ melalui kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti, pengaruh serta penerimaan meluas penyanyi itu dalam kalangan rakyat yang diyakini mampu menyampaikan mesej kesedaran keselamatan jalan raya secara lebih berkesan dan menyeluruh.

“Inisiatif ini menzahirkan pendekatan holistik JPJ yang tidak hanya tertumpu penguatkuasaan semata-mata, tetapi turut memberi penekanan elemen advokasi dan pendidikan sebagai strategi dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Peranan dimainkan ikon ini penting dalam memperluas capaian kempen keselamatan serta membentuk sikap dan budaya pemanduan berhemah dalam kalangan rakyat,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun JPJ ke-80 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Perdana Menteri diiringi Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli menyerahkan plak sebagai simbolik pelantikan itu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 JPJ yang diadakan serentak Karnival Jom Heboh (KJH) X Mega JPJ MADANI 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast