UMNO Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk menjadi pembangkang sekiranya perlu, dengan menegaskan keputusan itu dibuat berasaskan prinsip dan bukan kepentingan politik. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pendirian tersebut mencerminkan komitmen parti terhadap akauntabiliti serta kesediaan menegur dan memantau pentadbiran kerajaan negeri demi menjaga integriti dan maruah parti.















