AMERIKA SYARIKAT – Kejohanan perlumbaan motosikal Grand Prix Miami terpaksa ditangguhkan selama tiga jam akibat hujan lebat dan ribut petir yang memaksa masa mula dialihkan kepada 1.00 petang atau 1300 waktu tempatan (1700 GMT).
Keputusan itu dibuat hasil perbincangan antara peneraju Formula 1, badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan penganjur perlumbaan.
FIA sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai bahaya menjelang perlumbaan 57 pusingan hari ini dengan ramalan hujan melebihi 40 peratus.
Sementara itu, F1 dalam satu kenyataan berkata, keputusan telah diambil untuk mengalihkan permulaan Grand Prix Miami berikutan ramalan cuaca yang dijangka membawa ribut dan hujan lebih lebat pada sebelah petang hampir dengan masa permulaan perlumbaan yang dirancang.
“Keputusan ini telah diambil untuk memastikan gangguan yang paling kurang terhadap perlumbaan, dan untuk memastikan peluang maksimum yang mungkin untuk melengkapkan Grand Prix dalam keadaan terbaik serta bagi mengutamakan keselamatan pemandu, peminat, pasukan dan kakitangan,” katanya. – Agensi
















