KUALA LUMPUR – Sans Wellness secara rasmi diiktiraf sebagai Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia bagi tahun 2025 menerusi kejayaan inovasi terapi Genkilogy yang telah dipatenkan syarikat.
Pengiktirafan itu mengukuhkan kepimpinan Sans Wellness dalam bidang terapi semula jadi dan kesejahteraan holistik serta menghargai komitmen jangka panjang jenama tersebut terhadap penyelesaian kesihatan inovatif dan penjagaan berkualiti tinggi.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sans Wellness, Dr. Grace Tan San Chin berkata, sejak penubuhannya pada tahun 2000 sebagai salon kecantikan, Sans Wellness telah berkembang menjadi pusat pengurusan kesejahteraan dan kecantikan komprehensif yang mengintegrasikan terapi semula jadi dengan teknologi moden.
“Sans Wellness sudah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan selepas 25 tahun pembangunan dan inovasi di mana Sans Wellness telah membina empat tonggak utama iaitu sebagai pusat penjagaan profesional, Sans Retreat untuk pemulihan dan bimbingan kesejahteraan peribadi.
“Selain itu, kami turut menawarkan kursus pendidikan kesejahteraan sistematik yang menawarkan spektrum penuh pengalaman pengurusan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Grace menambah, pengiktirafan di peringkat Asia itu turut mengesahkan dedikasi pusat terapi itu selama 25 tahun terhadap inovasi, profesionalisme dan kesihatan pelanggan.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan memperluas perkhidmatan, menggabungkan penyembuhan semulajadi dengan teknologi moden.
“Kami mahu membawakan kesejahteraan kepada lebih banyak keluarga dan menjadikan gaya hidup sihat mudah dicapai oleh semua orang,” katanya.
Sementara itu, kejayaan Sans Wellness turut disenaraikan dalam Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama. – MalaysiaGazette















