Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto MOHD ADZLAN, 05 MEI 2026.

SEPANG – Beberapa mesyuarat penting melibatkan pimpinan politik dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya, petang ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia melibatkan Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Selepas ini, saya akan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami akan mengadakan Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan yang dipengerusikan oleh Presiden Parti.

“Seterusnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, juga dipengerusikan oleh Presiden Parti,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan tinjauan pengoperasian di KLIA Terminal 1, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan antara pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) juga akan diadakan sebagai sebahagian daripada perbincangan berkala antara kedua-dua gabungan.

“Kemudian, akan diadakan pertemuan antara pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada petang ini.

“Ini merupakan pertemuan biasa kerana PH dan BN sememangnya kerap mengadakan pertemuan.

“Cuma kali ini mungkin menarik perhatian kerana situasi politik semasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast