Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang dirempuh sebuah kereta di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kulai, hari ini.

KULAI – Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika melintas di kilometer 35 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila basikal ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 74 tahun dilanggar sebuah kereta dengan nombor pendaftaran tidak pasti ketika melintas jalan.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang basikal mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast